Thursday, July 15, 2010

Minggu Pendidikan Khas

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di ruangan anak-anak istimewa ini. Sudah lama kami tidak menulis mengenai aktiviti yang akan kami jalankan, pada 19 hingga 23 Julai 2010 kami warga pendidikan khas SK Kg Jawa akan mengadakan Minggu Pendidikan Khas Peringkat Sekolah. Buat julung-julung kalinya, kami ingin mengadakan aktiviti ini sebagai aktiviti tahunan bermula pada tahun ini.

Objektif kami mengadakan Minggu Pendidikan Khas ini adalah untuk, membuka minda masyarakat serta guru-guru aliran perdana bahawa, murid berkeperluan khas juga perlukan pendidikan yang sama rata. Kami juga ingin memberi pelbagai maklumat yang berguna agar pendidikan khas ini tidak di anaktirikan di sekolah aliran perdana. Dalam pada itu juga kami ingin memberi maklumat kepada ibu bapa murid mengenai perkembangan anak mereka selama setengah tahun ini, dimana terdapat ibu bapa yang belum dapat menerima anak mereka adalah anak berkeperluan khas.

Pelbagai aktiviti telah pun direncanakan untuk anak-anak murid kami, diantaranya sukaneka, lawatan sosial ke Jusco Queensbay (amali penggunaan wang), pertandingan bowling pendidikan khas serta Perjumpaan Waris dengan guru. diharap segala perancangan yang dirancangkan ini akan berjalan dengan lancar.

Akhir kalam, pendidikan untuk anak-anak khas adalah lebih bermakna sekiranya mereka dapat menguruskan diri mereka sendiri...salam sayang dari warga Pendidikan Khas SK Kg jawa



Sunday, June 20, 2010

CUTI SEKOLAH


Cuti sekolah

Nikmatnya cuti sekolah hanya akan terasa kepada pelajar sekolah dan juga gurunya,
Seronoknya cuti sekolah, apabila kita pergi bercuti,
Sedihnya cuti sekolah, apabila kita perlu berkhatan (sesetengah sahaja),
Gembiranya cuti sekolah, apabila kita tidak perlu lagi bangun awal-awal pagi,
Terujanya cuti sekolah, apabila kita boleh bermain dari pagi sampai petang,
Kecewanya cuti sekolah, apabila terlalu banyak kerja rumah yang diberikan,


Selamat bercuti untuk semua warga pendidik..

Friday, May 7, 2010

ePKhas - Membantu Guru-Guru Pendidikan Khas



Bersua kembali, pada hari ini (07 Mei 2010) kami kelas pendidikan SK Kampong Jawa telah pun didatangi oleh dua orang pembantu penyelidik dari USM. Mereka menerangkan mengenai laman web ePKhas kepada kami. setelah penerangan diberikan serta menunjukkan laman web tersebut, saya berpendapat bahawa laman tersebut amat berguna untuk murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Hal ini kerana, di laman web tersebut telah disediakan rancangan mengjar, latihan, gambar mengikut kesesuai murid berkeperluan khas. Oleh Yang demikian saya merasakan bahawa, ilmu yang baru in berdikongsi bersama-sama dengan guru sealiran dengan saya. Diharapkan ia dapat memberi sedikit sebanyak input kepada kita.

layari : ePKhas

sekian..


Lawatan Sambil Belajar


Assalamualaikum, Salam satu malaysia, bersua lagi kita di ruangan ini untuk berkongsi serba sedikit mengenai aktiviti yang telah dijalankan oleh kami. Pada 15 April 2010 yang lalu kami berkesempatan membuat satu lawatan sambil belajar di sekitar Pulau Pinang. Alhamdulillah, aktiviti ini berjalan dengan lancar walaupun kami mempunyai masa yang terhad akan tetapi tempat-tempat yang telah dirancang untuk dilawati kami tetap sampai.

Kami berasa amat bangga kerana dapat
membawa anak-anak kami melawat sekitar pulau pinang, antara tempat yang kami lawati adalah Toy Museum, Kota Cornvalis, Rumah P.Ramle,dan kawasan sekitar bandar. kami dapat melihat air muka anak-anak kami amat gembira kerana mungkin ini adalah peluang mereka untuk keluar ke dunia sebenar yang mungkin jarang dilakukan oleh keluarga mereka.

Guru-guru serta Pembantu Pengurusan Muri
d (PPM) yang ada telah memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan aktiviti ini. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian mereka meluangkan masa bersam-sama. Mungkin pada masa akan datang kami akan mengadakan satu lawatan di luar Pulau Pinang, segala perancangan sedang diatur dan hanya ak
an dijalankan selepas cuti pertengahan tahun nanti.

disini disertakan gambar sekitar aktiviti tersebut

.

Sunday, April 18, 2010

Terapi Bowling


Salam Satu Malaysia kepada semua warga pendidik.

Alhamdulillah, pada tahun ini kami warga PKBP SK Kampong Jawa telah berjaya menganjurkan aktiviti yang baru iaitu terapi b
owling. Warga pendidik *pedidikan khas sedia maklum bahawa terapi bowling adalah satu aktiviti yang boleh dilakukan untuk kanak-kanak ini. Oleh yang demikian kami warga SK Kampong Jawa telah pun memasukkan aktiviti tersebut didalam perancangan tahunan 2010, maka aktiviti tersebut telah berjaya dilakukan walaupun terdapat pelbagai halangan sebelum ini.

Bagi aktiviti ini, kami telah mendapat reaksi yang positif dari beberapa orang ibu bapa yang mengatakan anak mereka telah mula bercakap apabila dibawa bersiar-siar. Maka dengan izin pihak ibu bapa kami sekali lagi melakukan aktiviti seperti ini agar anak-anak murid kami dapt bersosial seperti kanak-kanak lain.

Mungkin aktiviti ini boleh dip
elbagaikan agar anak murid kita dapat mengetahui persekitaran luar mereka, maka ini akan membuatkan mereka berasa lebih selesa dan meningkatkan perasaan ingin tahu tentang sesuatu dengan baik. Alhamdulillah, daripada aktiviti yang telah dialkukan, banyak respon positif yang kami terima dari pihak ibu bapa. Jutaan terima kasih kepada mereka kerana memberi kepercayaan kepada kami warga pendidik.

*sekitar berlangsungnya terapi bowling di Penang Bowl, Pulau Pinang.















*anda boleh melayari facebook kami : www.facebook.com "search" pkbpskkj

Kaedah Fonik


Assalamualaikum..
Sudah lama saya tidak menulis di ruangan ini..pada kali ini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan seperjuangan dalam bidang pendidikan *pendidikan khas amnya agar dapat mempelbagaikan kaedah semasa mengajar murid-murid mereka.

Pada 27 March 2010 yang lalu saya berkesempatan untuk mengikuti kursus kaedah fonik anjuran USM Pulau Pinang. Kursus ini sangat-sangat bermakna dan memberi pelbagai ilmu kepada saya untuk menarik minat serta mempercepatkan proses P&P yang dijalankan.

Kita sedia maklum bahawa kaedah yang diguna untuk anak murid kita kadang kala telah melalui proses yang sama, maka ini akan mewujudkan rasa bosan kepada mereka. Bagi kaedah Fonik ini, pelbagai cara untuk memperkenalkan huruf kepada murid dengan cepat, akan tetapi guru perlu membantu serta memantau murid agar mereka tidak keliru.

Hal ini kerana kaedah fonik mempunyai mempunyai caranya tersendiri maka guru perlu memainkan peranan agar murid dapat membezakannya. sebagai contoh :
b = 'beh'
c = 'ceh'
d = 'deh'
f = 'feh'

dan seterusnya, huruf -huruf ini akan di bunyi seperti berikut. Maka ini akan menimbulkan masalah kepada murid khas, kerana mereka tidak dapat membezakannya. Maka tugas kita adalah untuk membimbing mereka.

*Pelawat boleh muat turun perisian kaedah fonik di ruangan KONGSI BERSAMA


Saturday, March 27, 2010

TERAPI RENANG 2010


Tahun 2010 telah pun menjengah bulan March. Bagi kelas pendidikan khas Sk Kg Jawa, kami tidak terlepas untuk merancang pelbagai aktiviti untuk anak-anak murid kami ini. Bagi aktiviti yang telah pun mendapat persetujuan dari kelab ibu bapa dan guru pendidikan khas ialah Terapi Renang. Acara ini telah pun menjadi acara wajib untuk kanak-kanak ini, ia telah pun tersenarai didalam takwim pendidikan khas SK Kg Jawa. Aktiviti Terapi Renang ini dijalankan di Taman Belia Pulau Pinang.

Terapi Renang ini akan dijalankan sebanyak 8 sesi, sehingga bulan oktober pada minggu ketiga setiap bulan. Keriangan jelas terpancar di wajah anak-anak ini sehinggakan ada yang sanggup datang kesekolah walaupun sakit. Kami merasakan satu perubahan yang ketara dimana setalah kan menjalankan aktiviti ini, anak-anak ini lebih aktif dalam bersosial, dapat memberi keyakinan kepada mereka tentang dunia luar dan sebagainya. Bagi kami matlamat yang ingin kami capai, boleh dikatakan telah tercapai 100% dari pemerhatian kami pada tahun lepas.

walaubagaimana pun pada tahun ini kami telah pun merancang untuk mengadakan dua aktiviti terapi, iaitu terapi renang dan juga terapi bowling. terap bowling akan bermula pada bulan April bertempat di Penang Bowl. Alhamdulillah, kelulusan telah pun diterima dari pihak JPN Pulau Pinang. Oleh yang demikian diharap aktiviti ini berjalan dengan lancar.

Gambar sekitar aktiviti Terapi Renang dijalankan :




UNIT UNIFORM KELAS PENDIDIKAN KHAS - PENGAKAP

Assalamualaikum..
Bertemu lagi untuk nukilan pada kali ini yang akan menceritakan mengenai Unit Uniform Pendidikan Khas SK Kg Jawa. Mungkin bagi guru-guru pendidikan khas yang mana disekolah mereka telah pun wujud unit uniform pendidikan khas ini merasakan ini adalah satu aktiviti telah lama mereka lakukan, akan tetapi bagi SK Kg Jawa (Pend. Khas) tertubuhnya Unit Uniform ini adalah sesuatu yang baru selama wujudnya kelas Pend. Khas di sekolah tersebut.
Kami guru-guru pendidikan khas SK Kg Jawa merasakan perlunya ajakan yang berterusan bagi kanak-kanak ini kerana mereka perlu didedahkan dengan persekitaran luar. kami warga SK Kg Jawa mengalu-alukan sebarang pandangan, pendapat serta perkongsian idea agar unit uniform ini dapat melaksanakan aktiviti yang lebih baik untuk kanak-kanak ini.

sekian..terima kasih kerana singgah untuk mendapatkan informasi dar kami..

Friday, March 5, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH



Tanggal 12 Rabiulawal 1431 bersamaan dengan 26 Febuari 2010 Masihi kita telah menyambut Maulidur Rasul. Maka SK Kampong Jawa tidak terlepas untuk mengadakan perarakan untuk sambutan ini, sepanjang 2km jaraknya yang perlu murid-murid berarak. Walaubagaimana pun, kelas pendidikan khas tidak terlepas dengan program sebegini. kami turut mengambil penyertaan untuk perarakan ini. Kesemua murid (beragama islam)perlu memakai baju melayu dan bersongkok. wajah-wajah ceria anak-anak kami terpancar apabila mereka dapat menyertai perarakan ini. Ibu bapa murid juga turut mengambil bahagian dalam perarakan, ini menunjukkan betapa erat kerjasama guru dengan ibu bapa.





Sepanduk yang telah ditempah untuk perarakan ini, sepanduk ini dibawa oleh murid pendidikan khas Kamal Hakimi dan juga Mohamad Syafiq





Semasa perarakan, semangat yang ditunjukan oleh murid pendidikan khas amatlah menggalakan dan membanggakan walaupun hanya 'segelintir' sahaja murid kami tetapi semangat jitu yang membuatkan kami sebagai guru berasa bangga.





Setelah penat berjalan, kesian mereka..masing-masing lenguh kaki ke ni..

sekejap lagi kita makan ye.












Setelah tamat perarakan, m
urid diberi penerangan mengenai perandingan menulis dan mewarnakan tulisan khat oleh Cikgu Khairul, pertandingan ini berdasarkan kepada sepanduk yang telah lihat oleh murid-murid.

hasil kerja murid yang di pilih sebagai pemenang, sangat cantik dan kreatif.




Para pemenang pertandingan disampaikan hadiah oleh cikgu Ku Azman yang diiringi oleh cikgu Azlina....

Diharap program seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan memberi peluang kepada anak-anak khas..sekian,..

Wednesday, March 3, 2010

Pendidikan Khas VS Kelas Aliran Perdana

Assalamualaikum..
bertemu lagi dalam penulisan ini...
pada kali ini, saya ingin mengutarakan permasalah yang sering timbul diantara kelas pendidikan khas dengan kelas aliran perdana. Ramai yang beranggapan bahawa, kelas pendidikan khas tidak mempunyai matlamat dan masa depan untuk muridnya. Oleh yang demikian ramai ibu bapa yang merasa sangsi untuk menghantar anak mereka sekiranya anak mereka mempunyai masalah (berkaitan kanak-kanak khas). Hal ini sering berlaku dimana-mana sahaja, ada ibu bapa murid aliran perdana tidak membenarkan anak mereka berkawan dengan anak-anak khas. Kenapa ini berlaku? apakah yang mereka cuba untuk bangkitkan?. Dalam pada itu juga ada ibu bapa yang mengatakan bahawa, kanak-kanak khas ini sering membawa masalah untuk murid-murid aliran perdana. Adakah ini benar??

Penulisan kali ini adalah disebabkan, wujudnya satu konflik diantara ibu bapa murid aliran perdana dengan guru pendidikan khas yang dapat dilihat disetiap sekolah (sekolah kami pun tidak terlepas dengan permasalahan ini). Ramai yang beranggapan guru pendidikan khas garang, bengis dan lain-lain lagi. Kenapa pernyataan ini wujud?, adakah disebabkan suara guru yang nyaring atau tumpuan guru semasa P&P kepada setiap orang murid?. Ada diantara sesetengah ibu bapa pendidikan yang kurang faham tugas kami sebagai guru pendidikan khas, mereka tidak membenarkan guru untuk meninggikan suara kepada anak mereka (walaupun murid itu tidak membuat kerja serta tidak aktif didalam kelas). Adakah perlu dipatuhi arahan ini?. Sebagai seorang guru pendidikan khas, kita mungkin tidak sekejam itu untuk tidak mempedulikan murid tersebut, oleh yang demikian guru terpaksa akur disebabkan pada masa sekarang undang-undang lebih memihak kepada ibu bapa. Memetik petikan dari suratkhabar Metro 2 March 2010, hukuman fizikal seperti merotan hanya boleh dilaksanakan oleh guru besar dan pengetua sahaja tetapi perlu mengikut kaedah yangdisediakan semasa perlaksanaan hukuman. Tambahan beliau lagi sentuhan fizikal antara guru dengan murid memang tidak dibenarkan sama sekali. Oleh itu adakah patut guru tidak mempedulikan murid sekiranya murid tersebut tidak mahu mengikuti P&P??

Dalam pada itu juga terdapat permasalahan lain yang sering timbul, sebagai contoh apabila terdapat murid aliran perdana (tahun 1) memasuki aliran pendidikan khas. Mungkin kita dapat lihat perbezaan diantara tumpuan guru aliran perdana dengan aliran khas. Guru aliran perdana perlu mengawal 40 orang murid dalam satu-satu masa dan ini akan mengurangkan tumpuan beliau terhadap murid yang tidak mengikuti P&P tetapi sebaliknya bagi pendidikan khas, hal ini kerana tumpuan guru adalah lebih menyeluruh kerana nisbah diantara guru dengan murid adalah 1:4, oleh yang demikian tumpuan adalah lebih menyeluruh.


tetapi lain pula yang jadi, apabila murid ini menangis tidak mahu masuk ke kelas pendidikan khas, disebabkan apa?. guru? kawan-kawan? belajar? bermain?. Semua ini adalah faktornya, guru yang banyakkan tumpuan membuatkan murid tersebut kurang senang semasa didalam kelas (tidak memberi tumpuan). Kawan-kawan yang tidak sama dengan yang dahulu. semasa tidak tahun 1 murid ini dipijak perut, di tolak, dibuli tetapi ibu bapanya tidak meluru untuk menyerang guru. Tetapi setelah dimasukkan ke pendidikan khas murid ini disentuh (kemungkinan) ibu bapanya terus menyerang, kenapa jadi begini? adakah guru pendidikan khas sekejam itu? adakah murid pendidikan khas segila itu?. Faktor belajar juga adalah punca kenapa murid ini sering kali menangis setiap hari apabila ingin memasuki kelas pendidikan khas. Kenapa jadi begini? semasa dialiran perdana murid ini kurang belajar dan kurang memberikan tumpuan, beliau sering kali dilihat merayau, menungkat dagu semasa belajar, tidak dapat bertutur dan macam-macam lagi masalahnye, tetapi di pendidikan khas guru memberi tumpuan kepada setiap tingkah laku beliau (pengurusan tingkah laku).

Setelah beberapa hari terdapat peningkatan terhadap murid tersebut(maklumat dari ibu beliau). Alhamdulilah...

Pendidikan khas dan aliran perdana wujud perbezaan dari segi P&P, tetapi dari segi lain tidak mempunyai perbezaan. kecemerlangan insan istimewa adalah tanggungjawab bersama.



Saturday, February 20, 2010

Kepuasan Guru..



Bertemu lagi..apakah yang bermain didalam kotak pemikiran anda selepas anda melihat gambar-gambar ini??

mungkin ada yang berkata...banyak ini je muridnya?
begini je yang diajar?

dan bermacam-macam lagi kan..
untuk pengetahuan anda yang bukan dialiran pendidikan khas..anda mungkin fkir bahawa kanak-kanak ini terlalu lemah..terlalu dimanjakan dan macam-macam lagi..tetapi sekiranya anda berada di dunia pendidikan khas, beginilah situasinya. jika ditanya mengenai kepuasan mengajar kepada guru-guru pendidikan khas, mungkin ada yang menjawab dengan nada ringkas tetapi penuh bermakna, contohnya: 'asalkan murid ini dapat urus diri, dapat bina kehidupan sudah cukup'...ungkapan ini akan selalu kita dengari dari mulut guru-guru pendidikan khas..

kepuasan mengajar mungkin jauh sekali untuk ditafsirkan..tetapi kepuasan apabila anak-anak ini dapat berdikari seperti kanak-kanak lain ia adalah satu kepuasan yang hakiki..guru-guru pula perlu kreatif untuk menarik minat murid untuk belajar, perlu menggunakan pelbagi medium untuk mendekatkan murid dengan P&P mereka..oleh itu pelbagai alatan digunakan, salah satunya adalah komputer riba..ia adalah medium terbaik untuk menarik minat murid tersebut untuk mnegikuti P&P hingga akhir.

sehinggakan kami telah pun mewujudkan kelas multimedia selama satu jam seminggu untuk kanak-kanak ini. Dari situ kami dapat menarik minat murid belajar mengenal huruf, nombor dan sebagainya..

ini adalah kepuasan kami..anda bagaimana..

Bagaimana Guru Mengawal Tingkah Laku Murid?


Assalamualaikum..
sudah lama saya tidak menulis atau bercerita mengenai kelas saya..ermmm...mungkin penulisan kali ini dapat membantu guru-guru mendapat satu ilham bagaimana untuk mengawal tingkah laku murid. kita sedia maklum bahawa tingkah laku murid pendidikan khas diluar kawalan mereka dan kadang-kadang terlalu agresif. pelbagai cara telah digunakan untuk menarik minat murid-murid ini untuk duduk diam di tempat mereka semasa proses P&P dijalankan..

contohnya, anda (guru) mungkin telah menggunakan kaedah token (kaedah ini sangat popular), time out, tumpuan dan macam-macam lagi..tetapi pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda, bagaimana hendak mengatasi murid yang suka menungkat dagunya dengan menggunakan tangan. disini saya telah pun menggunakan satu kaedah, yang mana selalu digunankan di kampung-kampung. anda mungkin dapat lihat terdapat mangkuk dibawah dagu murid itu. yang sebenarnya mangkuk itu berisi air yang mana sekiranya murid ini cuba menurunkan dagu beliau, maka akan terkena air. oleh yang demikian eliau tidak lagi menungkat dagu.

teknik ini mungkin nampak kejam, tetapi sekiranya dibiarkan murid akan bertambah malas semasa P&P dijalankan. Alhamdulillah, murid ini tidak lagi menungkat dagunya setelah teknik ini dilakukan setiap hari..BERJAYA..


Tuesday, February 2, 2010

Pendidikan Untuk Semua..

Assalamualaikum..
bertemu lagi kita di dalam blog PKBP SKKJ ini..

Pendidikan Untuk Semua..inilah yang diterapkan oleh kurikulum pendidikan Malaysia kepada murid Pendidikan Khas..walaubagaimana pun terdapat "cakap-cakap belakang" yang mengatakan bahawa guru pendidikan khas tidak banyak kerja, releks dan macam-macam lagi..

mungkin tak ramai yang percaya bahawa dunia pendidikan khas ini perlukan kesabaran yang tinggi dan juga keikhlasan dalam membimbing anak murid mereka..

atau pun mereka tidak faham akan tingkah laku yang wujud dari dalam diri anak-anak istimewa ini..oleh yang demikian kementerian telah mengeluarkan satu sukatan pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah pembelajaran bagi Sekolah Menengah dan Rendah..bagi guru biasa mungkin tidak faham sukatan pelajaran pendidikan khas..tetapi sekali berkecimpung mereka mungkin tidak dapat melupakan apa itu pendidikan kkas..

Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas:

  • Bidang Pengurusan Kehidupan
  • Bidang Akademik Berfungsi
  • Bidang Kerohanian dan Nilai-Nilai Murni
  • Bidang Sosial, Riadah Dan Kreativiti
Terdapat empat bidang yang utama..walaubagaimana pun setiap bidang akan dipecahkan kepada komponen-komponen utama yang meliputi pelbagai komponen..oleh itu laungan pendidikan untuk semua adalah sejajar dengan objektif pendidikan Malaysia pada masa kini..

Projek Pertanian Pendidikan Khas

Alhamdulillah..tahun ini, kelas Pendidikan Khas SKKJ akan melakukan satu tranformasi terhadap aktiviti yang dilakukan pada tahun sebelumnya..
Mungkin ramai yang beranggapan bahawa murid pendidikan khas tidak perlukan aktiviti yang lasak..pelbagai pertanyaan yang diajukan cth:

'boleh ke budak-budak ni buat kerja?'

'budak-budak ni boleh ke nak handle semua aktiviti ini?'

'boleh berjaya ke?'

dan macam-macam lagi yang diajukan....tetapi kami warga PKBP SKKJ akan membuktikan bahawa segala pertanyaan itu boleh tutup dengan aktiviti yang telah kami jalankan dan yang akan kami jalankan..

pada tahun 2010 ini kami warga PKBP SKKJ akan mengadakan beberapa aktiviti luar yang membolehkan murid kami dapat menjalani kehidupan bersosial seperti kanak-kanak normal yang lain..

  • Terapi Berkuda
  • Terapi Renang
  • Terapi Bowling
  • PKSR 1 & 2
  • Lawatan Sambil Belajar - (dalam & luar Pulau Pinang)
  • Bulan Pendidikan Khas
  • Semarak Ramadhan
  • Projek Pertanian dalam Polibag
  • Rumah Terbuka Pendidikan Khas
  • Unit Uniform Pendidikan Khas _ Pengakap Pendidikan Khas

Segala yang direncanakan ini adalah untuk murid-murid kami yang perlukan perhatian dan kasih sayang...

Tuesday, January 19, 2010

AKTIVITI KELAS PKBP SKKJ

Terapi renang - Bermula pada bulan March, setiap minggu ke-3 sehingga bulan Oktober
bertempat di Kolam Renang Taman Belia, Pulau Pinang. Dari pukul 8.30 - 11.00

Terapi Berkuda - Bermula pada bulan April dan diikiuti bulan Julai sahaj,
bertempat di Padang Polo, Pulau Pinang.
Dari pukul 8.30 - 11.00

Terapi Bowling - sekali setahun (permulaan) pada bulan Ogos
bertempat di Prangin Mall. Dari pukul 9.00 - 12.00

SELAMAT DATANG KE DUNIA PENDIDIKAN KHAS...

"Mengapa aku menjadi guru pendidikan khas"
Walau apa pun alasan mengapa kita terjun kena bidang ini, ia tidak penting. perkara utama apabila kita berikrar hendak menyumbang bakti kepada murid istimewa adalah bersungguh-sungguh bagi memenuhi hasrat negara.

Menjadi guru pendidikan khas di SKKJ, amat-amat memeberi seribu makna..kerana, telah tersemat didada..kita adalah 'guru istimewa'...tak semua guru sanggup terlibat dengan dunia pendidikan khas, hanya orang terpilih sahaja yang mampu untuk merencanakan sesuatu untuk anak-anak ini...

apa yang perlu ada pada guru pendidikan khas...
- sabar
- kasih sayang
- mesra
- bertanggungjawab
- kreatif
- empati, prihatin, pemurah

semua ini perlu wujud secara semulajadi dilubuk hati seorang guru pendidikan khas....

renungkan...dan amatinya..

Thursday, January 14, 2010

dunia Pendidikan Khas..selami dan hayati..