Wednesday, March 3, 2010

Pendidikan Khas VS Kelas Aliran Perdana

Assalamualaikum..
bertemu lagi dalam penulisan ini...
pada kali ini, saya ingin mengutarakan permasalah yang sering timbul diantara kelas pendidikan khas dengan kelas aliran perdana. Ramai yang beranggapan bahawa, kelas pendidikan khas tidak mempunyai matlamat dan masa depan untuk muridnya. Oleh yang demikian ramai ibu bapa yang merasa sangsi untuk menghantar anak mereka sekiranya anak mereka mempunyai masalah (berkaitan kanak-kanak khas). Hal ini sering berlaku dimana-mana sahaja, ada ibu bapa murid aliran perdana tidak membenarkan anak mereka berkawan dengan anak-anak khas. Kenapa ini berlaku? apakah yang mereka cuba untuk bangkitkan?. Dalam pada itu juga ada ibu bapa yang mengatakan bahawa, kanak-kanak khas ini sering membawa masalah untuk murid-murid aliran perdana. Adakah ini benar??

Penulisan kali ini adalah disebabkan, wujudnya satu konflik diantara ibu bapa murid aliran perdana dengan guru pendidikan khas yang dapat dilihat disetiap sekolah (sekolah kami pun tidak terlepas dengan permasalahan ini). Ramai yang beranggapan guru pendidikan khas garang, bengis dan lain-lain lagi. Kenapa pernyataan ini wujud?, adakah disebabkan suara guru yang nyaring atau tumpuan guru semasa P&P kepada setiap orang murid?. Ada diantara sesetengah ibu bapa pendidikan yang kurang faham tugas kami sebagai guru pendidikan khas, mereka tidak membenarkan guru untuk meninggikan suara kepada anak mereka (walaupun murid itu tidak membuat kerja serta tidak aktif didalam kelas). Adakah perlu dipatuhi arahan ini?. Sebagai seorang guru pendidikan khas, kita mungkin tidak sekejam itu untuk tidak mempedulikan murid tersebut, oleh yang demikian guru terpaksa akur disebabkan pada masa sekarang undang-undang lebih memihak kepada ibu bapa. Memetik petikan dari suratkhabar Metro 2 March 2010, hukuman fizikal seperti merotan hanya boleh dilaksanakan oleh guru besar dan pengetua sahaja tetapi perlu mengikut kaedah yangdisediakan semasa perlaksanaan hukuman. Tambahan beliau lagi sentuhan fizikal antara guru dengan murid memang tidak dibenarkan sama sekali. Oleh itu adakah patut guru tidak mempedulikan murid sekiranya murid tersebut tidak mahu mengikuti P&P??

Dalam pada itu juga terdapat permasalahan lain yang sering timbul, sebagai contoh apabila terdapat murid aliran perdana (tahun 1) memasuki aliran pendidikan khas. Mungkin kita dapat lihat perbezaan diantara tumpuan guru aliran perdana dengan aliran khas. Guru aliran perdana perlu mengawal 40 orang murid dalam satu-satu masa dan ini akan mengurangkan tumpuan beliau terhadap murid yang tidak mengikuti P&P tetapi sebaliknya bagi pendidikan khas, hal ini kerana tumpuan guru adalah lebih menyeluruh kerana nisbah diantara guru dengan murid adalah 1:4, oleh yang demikian tumpuan adalah lebih menyeluruh.


tetapi lain pula yang jadi, apabila murid ini menangis tidak mahu masuk ke kelas pendidikan khas, disebabkan apa?. guru? kawan-kawan? belajar? bermain?. Semua ini adalah faktornya, guru yang banyakkan tumpuan membuatkan murid tersebut kurang senang semasa didalam kelas (tidak memberi tumpuan). Kawan-kawan yang tidak sama dengan yang dahulu. semasa tidak tahun 1 murid ini dipijak perut, di tolak, dibuli tetapi ibu bapanya tidak meluru untuk menyerang guru. Tetapi setelah dimasukkan ke pendidikan khas murid ini disentuh (kemungkinan) ibu bapanya terus menyerang, kenapa jadi begini? adakah guru pendidikan khas sekejam itu? adakah murid pendidikan khas segila itu?. Faktor belajar juga adalah punca kenapa murid ini sering kali menangis setiap hari apabila ingin memasuki kelas pendidikan khas. Kenapa jadi begini? semasa dialiran perdana murid ini kurang belajar dan kurang memberikan tumpuan, beliau sering kali dilihat merayau, menungkat dagu semasa belajar, tidak dapat bertutur dan macam-macam lagi masalahnye, tetapi di pendidikan khas guru memberi tumpuan kepada setiap tingkah laku beliau (pengurusan tingkah laku).

Setelah beberapa hari terdapat peningkatan terhadap murid tersebut(maklumat dari ibu beliau). Alhamdulilah...

Pendidikan khas dan aliran perdana wujud perbezaan dari segi P&P, tetapi dari segi lain tidak mempunyai perbezaan. kecemerlangan insan istimewa adalah tanggungjawab bersama.



2 comments:

Anonymous said...

hermm..sgt marah gak la..

Anonymous said...

sgt marah gak la..