Saturday, March 27, 2010

TERAPI RENANG 2010


Tahun 2010 telah pun menjengah bulan March. Bagi kelas pendidikan khas Sk Kg Jawa, kami tidak terlepas untuk merancang pelbagai aktiviti untuk anak-anak murid kami ini. Bagi aktiviti yang telah pun mendapat persetujuan dari kelab ibu bapa dan guru pendidikan khas ialah Terapi Renang. Acara ini telah pun menjadi acara wajib untuk kanak-kanak ini, ia telah pun tersenarai didalam takwim pendidikan khas SK Kg Jawa. Aktiviti Terapi Renang ini dijalankan di Taman Belia Pulau Pinang.

Terapi Renang ini akan dijalankan sebanyak 8 sesi, sehingga bulan oktober pada minggu ketiga setiap bulan. Keriangan jelas terpancar di wajah anak-anak ini sehinggakan ada yang sanggup datang kesekolah walaupun sakit. Kami merasakan satu perubahan yang ketara dimana setalah kan menjalankan aktiviti ini, anak-anak ini lebih aktif dalam bersosial, dapat memberi keyakinan kepada mereka tentang dunia luar dan sebagainya. Bagi kami matlamat yang ingin kami capai, boleh dikatakan telah tercapai 100% dari pemerhatian kami pada tahun lepas.

walaubagaimana pun pada tahun ini kami telah pun merancang untuk mengadakan dua aktiviti terapi, iaitu terapi renang dan juga terapi bowling. terap bowling akan bermula pada bulan April bertempat di Penang Bowl. Alhamdulillah, kelulusan telah pun diterima dari pihak JPN Pulau Pinang. Oleh yang demikian diharap aktiviti ini berjalan dengan lancar.

Gambar sekitar aktiviti Terapi Renang dijalankan :




UNIT UNIFORM KELAS PENDIDIKAN KHAS - PENGAKAP

Assalamualaikum..
Bertemu lagi untuk nukilan pada kali ini yang akan menceritakan mengenai Unit Uniform Pendidikan Khas SK Kg Jawa. Mungkin bagi guru-guru pendidikan khas yang mana disekolah mereka telah pun wujud unit uniform pendidikan khas ini merasakan ini adalah satu aktiviti telah lama mereka lakukan, akan tetapi bagi SK Kg Jawa (Pend. Khas) tertubuhnya Unit Uniform ini adalah sesuatu yang baru selama wujudnya kelas Pend. Khas di sekolah tersebut.
Kami guru-guru pendidikan khas SK Kg Jawa merasakan perlunya ajakan yang berterusan bagi kanak-kanak ini kerana mereka perlu didedahkan dengan persekitaran luar. kami warga SK Kg Jawa mengalu-alukan sebarang pandangan, pendapat serta perkongsian idea agar unit uniform ini dapat melaksanakan aktiviti yang lebih baik untuk kanak-kanak ini.

sekian..terima kasih kerana singgah untuk mendapatkan informasi dar kami..

Friday, March 5, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH



Tanggal 12 Rabiulawal 1431 bersamaan dengan 26 Febuari 2010 Masihi kita telah menyambut Maulidur Rasul. Maka SK Kampong Jawa tidak terlepas untuk mengadakan perarakan untuk sambutan ini, sepanjang 2km jaraknya yang perlu murid-murid berarak. Walaubagaimana pun, kelas pendidikan khas tidak terlepas dengan program sebegini. kami turut mengambil penyertaan untuk perarakan ini. Kesemua murid (beragama islam)perlu memakai baju melayu dan bersongkok. wajah-wajah ceria anak-anak kami terpancar apabila mereka dapat menyertai perarakan ini. Ibu bapa murid juga turut mengambil bahagian dalam perarakan, ini menunjukkan betapa erat kerjasama guru dengan ibu bapa.





Sepanduk yang telah ditempah untuk perarakan ini, sepanduk ini dibawa oleh murid pendidikan khas Kamal Hakimi dan juga Mohamad Syafiq





Semasa perarakan, semangat yang ditunjukan oleh murid pendidikan khas amatlah menggalakan dan membanggakan walaupun hanya 'segelintir' sahaja murid kami tetapi semangat jitu yang membuatkan kami sebagai guru berasa bangga.





Setelah penat berjalan, kesian mereka..masing-masing lenguh kaki ke ni..

sekejap lagi kita makan ye.












Setelah tamat perarakan, m
urid diberi penerangan mengenai perandingan menulis dan mewarnakan tulisan khat oleh Cikgu Khairul, pertandingan ini berdasarkan kepada sepanduk yang telah lihat oleh murid-murid.

hasil kerja murid yang di pilih sebagai pemenang, sangat cantik dan kreatif.




Para pemenang pertandingan disampaikan hadiah oleh cikgu Ku Azman yang diiringi oleh cikgu Azlina....

Diharap program seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan memberi peluang kepada anak-anak khas..sekian,..

Wednesday, March 3, 2010

Pendidikan Khas VS Kelas Aliran Perdana

Assalamualaikum..
bertemu lagi dalam penulisan ini...
pada kali ini, saya ingin mengutarakan permasalah yang sering timbul diantara kelas pendidikan khas dengan kelas aliran perdana. Ramai yang beranggapan bahawa, kelas pendidikan khas tidak mempunyai matlamat dan masa depan untuk muridnya. Oleh yang demikian ramai ibu bapa yang merasa sangsi untuk menghantar anak mereka sekiranya anak mereka mempunyai masalah (berkaitan kanak-kanak khas). Hal ini sering berlaku dimana-mana sahaja, ada ibu bapa murid aliran perdana tidak membenarkan anak mereka berkawan dengan anak-anak khas. Kenapa ini berlaku? apakah yang mereka cuba untuk bangkitkan?. Dalam pada itu juga ada ibu bapa yang mengatakan bahawa, kanak-kanak khas ini sering membawa masalah untuk murid-murid aliran perdana. Adakah ini benar??

Penulisan kali ini adalah disebabkan, wujudnya satu konflik diantara ibu bapa murid aliran perdana dengan guru pendidikan khas yang dapat dilihat disetiap sekolah (sekolah kami pun tidak terlepas dengan permasalahan ini). Ramai yang beranggapan guru pendidikan khas garang, bengis dan lain-lain lagi. Kenapa pernyataan ini wujud?, adakah disebabkan suara guru yang nyaring atau tumpuan guru semasa P&P kepada setiap orang murid?. Ada diantara sesetengah ibu bapa pendidikan yang kurang faham tugas kami sebagai guru pendidikan khas, mereka tidak membenarkan guru untuk meninggikan suara kepada anak mereka (walaupun murid itu tidak membuat kerja serta tidak aktif didalam kelas). Adakah perlu dipatuhi arahan ini?. Sebagai seorang guru pendidikan khas, kita mungkin tidak sekejam itu untuk tidak mempedulikan murid tersebut, oleh yang demikian guru terpaksa akur disebabkan pada masa sekarang undang-undang lebih memihak kepada ibu bapa. Memetik petikan dari suratkhabar Metro 2 March 2010, hukuman fizikal seperti merotan hanya boleh dilaksanakan oleh guru besar dan pengetua sahaja tetapi perlu mengikut kaedah yangdisediakan semasa perlaksanaan hukuman. Tambahan beliau lagi sentuhan fizikal antara guru dengan murid memang tidak dibenarkan sama sekali. Oleh itu adakah patut guru tidak mempedulikan murid sekiranya murid tersebut tidak mahu mengikuti P&P??

Dalam pada itu juga terdapat permasalahan lain yang sering timbul, sebagai contoh apabila terdapat murid aliran perdana (tahun 1) memasuki aliran pendidikan khas. Mungkin kita dapat lihat perbezaan diantara tumpuan guru aliran perdana dengan aliran khas. Guru aliran perdana perlu mengawal 40 orang murid dalam satu-satu masa dan ini akan mengurangkan tumpuan beliau terhadap murid yang tidak mengikuti P&P tetapi sebaliknya bagi pendidikan khas, hal ini kerana tumpuan guru adalah lebih menyeluruh kerana nisbah diantara guru dengan murid adalah 1:4, oleh yang demikian tumpuan adalah lebih menyeluruh.


tetapi lain pula yang jadi, apabila murid ini menangis tidak mahu masuk ke kelas pendidikan khas, disebabkan apa?. guru? kawan-kawan? belajar? bermain?. Semua ini adalah faktornya, guru yang banyakkan tumpuan membuatkan murid tersebut kurang senang semasa didalam kelas (tidak memberi tumpuan). Kawan-kawan yang tidak sama dengan yang dahulu. semasa tidak tahun 1 murid ini dipijak perut, di tolak, dibuli tetapi ibu bapanya tidak meluru untuk menyerang guru. Tetapi setelah dimasukkan ke pendidikan khas murid ini disentuh (kemungkinan) ibu bapanya terus menyerang, kenapa jadi begini? adakah guru pendidikan khas sekejam itu? adakah murid pendidikan khas segila itu?. Faktor belajar juga adalah punca kenapa murid ini sering kali menangis setiap hari apabila ingin memasuki kelas pendidikan khas. Kenapa jadi begini? semasa dialiran perdana murid ini kurang belajar dan kurang memberikan tumpuan, beliau sering kali dilihat merayau, menungkat dagu semasa belajar, tidak dapat bertutur dan macam-macam lagi masalahnye, tetapi di pendidikan khas guru memberi tumpuan kepada setiap tingkah laku beliau (pengurusan tingkah laku).

Setelah beberapa hari terdapat peningkatan terhadap murid tersebut(maklumat dari ibu beliau). Alhamdulilah...

Pendidikan khas dan aliran perdana wujud perbezaan dari segi P&P, tetapi dari segi lain tidak mempunyai perbezaan. kecemerlangan insan istimewa adalah tanggungjawab bersama.