Assalamualaikum, Salam satu malaysia, bersua lagi kita di ruangan ini untuk berkongsi serba sedikit mengenai aktiviti yang telah dijalankan oleh kami. Pada 15 April 2010 yang lalu kami berkesempatan membuat satu lawatan sambil belajar di sekitar Pulau Pinang. Alhamdulillah, aktiviti ini berjalan dengan lancar walaupun kami mempunyai masa yang terhad akan tetapi tempat-tempat yang telah dirancang untuk dilawati kami tetap sampai.
Kami berasa amat bangga kerana dapat membawa anak-anak kami melawat sekitar pulau pinang, antara tempat yang kami lawati adalah Toy Museum, Kota Cornvalis, Rumah P.Ramle,dan kawasan sekitar bandar. kami dapat melihat air muka anak-anak kami amat gembira kerana mungkin ini adalah peluang mereka untuk keluar ke dunia sebenar yang mungkin jarang dilakukan oleh keluarga mereka.
Guru-guru serta Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang ada telah memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan aktiviti ini. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian mereka meluangkan masa bersam-sama. Mungkin pada masa akan datang kami akan mengadakan satu lawatan di luar Pulau Pinang, segala perancangan sedang diatur dan hanya ak
an dijalankan selepas cuti pertengahan tahun nanti.
disini disertakan gambar sekitar aktiviti tersebut
.
Friday, May 7, 2010
Lawatan Sambil Belajar
Posted by Program Pendidikan Khas Integrasi at 11:15 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment