Alhamdulillah, bertemu lagi kita di ruangan anak-anak istimewa ini. Sudah lama kami tidak menulis mengenai aktiviti yang akan kami jalankan, pada 19 hingga 23 Julai 2010 kami warga pendidikan khas SK Kg Jawa akan mengadakan Minggu Pendidikan Khas Peringkat Sekolah. Buat julung-julung kalinya, kami ingin mengadakan aktiviti ini sebagai aktiviti tahunan bermula pada tahun ini.
Objektif kami mengadakan Minggu Pendidikan Khas ini adalah untuk, membuka minda masyarakat serta guru-guru aliran perdana bahawa, murid berkeperluan khas juga perlukan pendidikan yang sama rata. Kami juga ingin memberi pelbagai maklumat yang berguna agar pendidikan khas ini tidak di anaktirikan di sekolah aliran perdana. Dalam pada itu juga kami ingin memberi maklumat kepada ibu bapa murid mengenai perkembangan anak mereka selama setengah tahun ini, dimana terdapat ibu bapa yang belum dapat menerima anak mereka adalah anak berkeperluan khas.
Pelbagai aktiviti telah pun direncanakan untuk anak-anak murid kami, diantaranya sukaneka, lawatan sosial ke Jusco Queensbay (amali penggunaan wang), pertandingan bowling pendidikan khas serta Perjumpaan Waris dengan guru. diharap segala perancangan yang dirancangkan ini akan berjalan dengan lancar.
Akhir kalam, pendidikan untuk anak-anak khas adalah lebih bermakna sekiranya mereka dapat menguruskan diri mereka sendiri...salam sayang dari warga Pendidikan Khas SK Kg jawa
Thursday, July 15, 2010
Minggu Pendidikan Khas
Posted by Program Pendidikan Khas Integrasi at 10:38 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga terutama kepada En Khairul Adly yg telah sudi memuat turun perkongsian bestari ppki yang sangat berguna kepada golongan pendidik terutama ppki seperti kami..
Syabas dan teruskan usaha bagi menambahkan lagi bahan untuk perkongsian ilmu ini. Tahniah sekali lagi!Sesungguhnya Allah memudahkan urusan bagi orang memudahkan orang lain..
Post a Comment