Sunday, October 17, 2010

Kursus Pengenalan Guru-Guru Pendidikan Khas 2010



Kursus Pengenalan Guru-Guru Pendidikan Khas...
Banyak ilmu yang diperolehi setelah kami guru-guru baru menghadirinya. Kursus ini dijalankan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang dibawah kendalian Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas. Kursus ini telah di hadiri oleh Ketua Sektor iaitu Tuan Haji Abu Hassan, Ketua Unit Pendidikan Khas iaitu Tuan
Haji Aziz Hashim, Pegawai -pegawai JPNPP, Pegawai PPD dan juga para fasilatator JPNPP.Alhamdulillah, jadual yang diberikan tidak begitu padat tetapi banyak input yang kami perolehi, antaranya ialah terapi renang, modifikasi tingkahlaku dan sebagainya. Walaubagaimanapun terdapat beberapa aktiviti yang memberi impak yang mendalam kepada kami.
Ilmu yang kami perolehi ini membuatkan kami berasabersemangat untuk terus
memberi bakti kami kepada anak-anak khas ini.Terima Kasih kepada semua yang terlibat..

selingan ketika kursus tersebut..



Wednesday, October 6, 2010

Rumah Terbuka Aidilfitri

Assalamualaikum..

Belum terlambat rasanya untuk kami warga Pendidikan Khas SK Kampong Jawa ingin mengucap Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.

Pada kesempatan ini kami warga Pendidikan Khas telah pun menganjurkan jamuan raya untuk murid-murid, ibu bapa serta warga guru dan staf SKKJ. Alhamdulillah, kesemua perancangan berjalan dengan lancar makanan dan minuman juga mencukupi.Jamuan seperti ini adalah kali ke -2 yang telah kami anjurkan, kami telah pun memasukkan aktiviti ini seb
agai aktiviti tahunan kelas kami. Alhamdulillah reaksi ibu bapa dan juga pihak pentadbiran sangat positif. Ibu bapa turut menyumbang makanan untuk jamuan ini.

Pada kesempatan ini juga kami gunakan untuk merapatkan hubungan
murid kami dengan guru-guru aliran perdana, agar guru-guru aliran perdana dapat mengenali anak-anak khas ini. Kami juga berharap agar dengan aktiviti ini ia akan merapatkan ukhuwah antara kami dengan guru-guru aliran perdana serta pihak pentadbiran.

Sekian dari kami warga Pendidikan Khas SKKJ....Salam Lebaran



Thursday, August 12, 2010

Sukaneka dan Senamrobik

22 Julai 2010

Sukaneka dan senamrobik :

Memanaskan badan sebelum memulakan senamrobik



senamrobik murid pendidikan khas yang dipimpin oleh cikgu Ku Azman

Musical chair


Semua berebut kerusi..hehehehe


Aktiviti guru dan murid , Terompah Gergasi

cari gula-gula dalam tepung


Amali wang Di TESCO, Penang

21 Julai 2010

Amali wang :
murid-murid mengisi perut dahulu sebelum memulakan aktiviti


Murid-murid diberi penerangan sebelum masuk ke TESCO


Guru-guru mengawal murid (murid dibahagikan kepada 7 kumpulan)

Setelah penat membeli belah

Bergambar kenangan sebelum bertolak pulang ke sekolah


Pertandingan Bowling

20 Julai 2010 :
Pertandingan bowling di Penang Bowl.

Pertandingan dimulakan pada pukul 9.30 pagi


Para pemenang bergambar kenangan dengan guru-guru


kamal hakimi adalah pemenang tempat pertama dengan jatuhan 142 pin

Hari Terbuka

19 Julai 2010 :

Perjumapaan Waris


para ibu bapa menunggu giliran untuk bertemu dengan guru kelas masing-masing, bagi membincangkan perkembangan anak mereka.


penerangan yang baik diperlukan agar ibu bapa dapat memahami keadaan anak mereka.




Kecemerlangan Minggu Pendidikan Khas 2010

Assalamualaikum..
Bertemu lagi kita pada kali ini, Alhamdulillah bersyukur hendaknya kepada ilahi yang mana program yang kami rencanakan pada awal tahu telah pun dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun perlaksanaannya adalah pada kali pertama, tetapi ia dianggap berjaya kerana kami dapat memenuhi aktiviti yang dirancangkan.

Terima Kasih yang tidak terhingga kepada pihak pentadbir, YDP PIBG yang mana telah memberi kerjasama yang baik selama aktiviti ini dijalankan. Guru-guru pendidikan khas, yang telah banyak berkorban masa untuk menjayakan aktiviti ini hanya ucapan terima kasih sahaja yang mampu dibalas.

Menyusur kembali pada minggu tersebut, banyak aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan yang menggalakan dari ibu bapa dan murid-murid khasnya. diantara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan bowling, sukaneka, pertandingan mewarna dan amali wang. Dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan ini maka perlaksanaan minggu pendidikan khas menjadi lebih terisi dengan aktiviti-aktiviti yang lebih bersifatkan sosialisasi serta riadah, ini seiring dengan keperluan anak-anak khas ini.

Mari kita sama-sama menyingkap kembali aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak kami :

Thursday, July 15, 2010

Minggu Pendidikan Khas

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di ruangan anak-anak istimewa ini. Sudah lama kami tidak menulis mengenai aktiviti yang akan kami jalankan, pada 19 hingga 23 Julai 2010 kami warga pendidikan khas SK Kg Jawa akan mengadakan Minggu Pendidikan Khas Peringkat Sekolah. Buat julung-julung kalinya, kami ingin mengadakan aktiviti ini sebagai aktiviti tahunan bermula pada tahun ini.

Objektif kami mengadakan Minggu Pendidikan Khas ini adalah untuk, membuka minda masyarakat serta guru-guru aliran perdana bahawa, murid berkeperluan khas juga perlukan pendidikan yang sama rata. Kami juga ingin memberi pelbagai maklumat yang berguna agar pendidikan khas ini tidak di anaktirikan di sekolah aliran perdana. Dalam pada itu juga kami ingin memberi maklumat kepada ibu bapa murid mengenai perkembangan anak mereka selama setengah tahun ini, dimana terdapat ibu bapa yang belum dapat menerima anak mereka adalah anak berkeperluan khas.

Pelbagai aktiviti telah pun direncanakan untuk anak-anak murid kami, diantaranya sukaneka, lawatan sosial ke Jusco Queensbay (amali penggunaan wang), pertandingan bowling pendidikan khas serta Perjumpaan Waris dengan guru. diharap segala perancangan yang dirancangkan ini akan berjalan dengan lancar.

Akhir kalam, pendidikan untuk anak-anak khas adalah lebih bermakna sekiranya mereka dapat menguruskan diri mereka sendiri...salam sayang dari warga Pendidikan Khas SK Kg jawa



Sunday, June 20, 2010

CUTI SEKOLAH


Cuti sekolah

Nikmatnya cuti sekolah hanya akan terasa kepada pelajar sekolah dan juga gurunya,
Seronoknya cuti sekolah, apabila kita pergi bercuti,
Sedihnya cuti sekolah, apabila kita perlu berkhatan (sesetengah sahaja),
Gembiranya cuti sekolah, apabila kita tidak perlu lagi bangun awal-awal pagi,
Terujanya cuti sekolah, apabila kita boleh bermain dari pagi sampai petang,
Kecewanya cuti sekolah, apabila terlalu banyak kerja rumah yang diberikan,


Selamat bercuti untuk semua warga pendidik..

Friday, May 7, 2010

ePKhas - Membantu Guru-Guru Pendidikan Khas



Bersua kembali, pada hari ini (07 Mei 2010) kami kelas pendidikan SK Kampong Jawa telah pun didatangi oleh dua orang pembantu penyelidik dari USM. Mereka menerangkan mengenai laman web ePKhas kepada kami. setelah penerangan diberikan serta menunjukkan laman web tersebut, saya berpendapat bahawa laman tersebut amat berguna untuk murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Hal ini kerana, di laman web tersebut telah disediakan rancangan mengjar, latihan, gambar mengikut kesesuai murid berkeperluan khas. Oleh Yang demikian saya merasakan bahawa, ilmu yang baru in berdikongsi bersama-sama dengan guru sealiran dengan saya. Diharapkan ia dapat memberi sedikit sebanyak input kepada kita.

layari : ePKhas

sekian..


Lawatan Sambil Belajar


Assalamualaikum, Salam satu malaysia, bersua lagi kita di ruangan ini untuk berkongsi serba sedikit mengenai aktiviti yang telah dijalankan oleh kami. Pada 15 April 2010 yang lalu kami berkesempatan membuat satu lawatan sambil belajar di sekitar Pulau Pinang. Alhamdulillah, aktiviti ini berjalan dengan lancar walaupun kami mempunyai masa yang terhad akan tetapi tempat-tempat yang telah dirancang untuk dilawati kami tetap sampai.

Kami berasa amat bangga kerana dapat
membawa anak-anak kami melawat sekitar pulau pinang, antara tempat yang kami lawati adalah Toy Museum, Kota Cornvalis, Rumah P.Ramle,dan kawasan sekitar bandar. kami dapat melihat air muka anak-anak kami amat gembira kerana mungkin ini adalah peluang mereka untuk keluar ke dunia sebenar yang mungkin jarang dilakukan oleh keluarga mereka.

Guru-guru serta Pembantu Pengurusan Muri
d (PPM) yang ada telah memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan aktiviti ini. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian mereka meluangkan masa bersam-sama. Mungkin pada masa akan datang kami akan mengadakan satu lawatan di luar Pulau Pinang, segala perancangan sedang diatur dan hanya ak
an dijalankan selepas cuti pertengahan tahun nanti.

disini disertakan gambar sekitar aktiviti tersebut

.

Sunday, April 18, 2010

Terapi Bowling


Salam Satu Malaysia kepada semua warga pendidik.

Alhamdulillah, pada tahun ini kami warga PKBP SK Kampong Jawa telah berjaya menganjurkan aktiviti yang baru iaitu terapi b
owling. Warga pendidik *pedidikan khas sedia maklum bahawa terapi bowling adalah satu aktiviti yang boleh dilakukan untuk kanak-kanak ini. Oleh yang demikian kami warga SK Kampong Jawa telah pun memasukkan aktiviti tersebut didalam perancangan tahunan 2010, maka aktiviti tersebut telah berjaya dilakukan walaupun terdapat pelbagai halangan sebelum ini.

Bagi aktiviti ini, kami telah mendapat reaksi yang positif dari beberapa orang ibu bapa yang mengatakan anak mereka telah mula bercakap apabila dibawa bersiar-siar. Maka dengan izin pihak ibu bapa kami sekali lagi melakukan aktiviti seperti ini agar anak-anak murid kami dapt bersosial seperti kanak-kanak lain.

Mungkin aktiviti ini boleh dip
elbagaikan agar anak murid kita dapat mengetahui persekitaran luar mereka, maka ini akan membuatkan mereka berasa lebih selesa dan meningkatkan perasaan ingin tahu tentang sesuatu dengan baik. Alhamdulillah, daripada aktiviti yang telah dialkukan, banyak respon positif yang kami terima dari pihak ibu bapa. Jutaan terima kasih kepada mereka kerana memberi kepercayaan kepada kami warga pendidik.

*sekitar berlangsungnya terapi bowling di Penang Bowl, Pulau Pinang.















*anda boleh melayari facebook kami : www.facebook.com "search" pkbpskkj

Kaedah Fonik


Assalamualaikum..
Sudah lama saya tidak menulis di ruangan ini..pada kali ini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan seperjuangan dalam bidang pendidikan *pendidikan khas amnya agar dapat mempelbagaikan kaedah semasa mengajar murid-murid mereka.

Pada 27 March 2010 yang lalu saya berkesempatan untuk mengikuti kursus kaedah fonik anjuran USM Pulau Pinang. Kursus ini sangat-sangat bermakna dan memberi pelbagai ilmu kepada saya untuk menarik minat serta mempercepatkan proses P&P yang dijalankan.

Kita sedia maklum bahawa kaedah yang diguna untuk anak murid kita kadang kala telah melalui proses yang sama, maka ini akan mewujudkan rasa bosan kepada mereka. Bagi kaedah Fonik ini, pelbagai cara untuk memperkenalkan huruf kepada murid dengan cepat, akan tetapi guru perlu membantu serta memantau murid agar mereka tidak keliru.

Hal ini kerana kaedah fonik mempunyai mempunyai caranya tersendiri maka guru perlu memainkan peranan agar murid dapat membezakannya. sebagai contoh :
b = 'beh'
c = 'ceh'
d = 'deh'
f = 'feh'

dan seterusnya, huruf -huruf ini akan di bunyi seperti berikut. Maka ini akan menimbulkan masalah kepada murid khas, kerana mereka tidak dapat membezakannya. Maka tugas kita adalah untuk membimbing mereka.

*Pelawat boleh muat turun perisian kaedah fonik di ruangan KONGSI BERSAMA


Saturday, March 27, 2010

TERAPI RENANG 2010


Tahun 2010 telah pun menjengah bulan March. Bagi kelas pendidikan khas Sk Kg Jawa, kami tidak terlepas untuk merancang pelbagai aktiviti untuk anak-anak murid kami ini. Bagi aktiviti yang telah pun mendapat persetujuan dari kelab ibu bapa dan guru pendidikan khas ialah Terapi Renang. Acara ini telah pun menjadi acara wajib untuk kanak-kanak ini, ia telah pun tersenarai didalam takwim pendidikan khas SK Kg Jawa. Aktiviti Terapi Renang ini dijalankan di Taman Belia Pulau Pinang.

Terapi Renang ini akan dijalankan sebanyak 8 sesi, sehingga bulan oktober pada minggu ketiga setiap bulan. Keriangan jelas terpancar di wajah anak-anak ini sehinggakan ada yang sanggup datang kesekolah walaupun sakit. Kami merasakan satu perubahan yang ketara dimana setalah kan menjalankan aktiviti ini, anak-anak ini lebih aktif dalam bersosial, dapat memberi keyakinan kepada mereka tentang dunia luar dan sebagainya. Bagi kami matlamat yang ingin kami capai, boleh dikatakan telah tercapai 100% dari pemerhatian kami pada tahun lepas.

walaubagaimana pun pada tahun ini kami telah pun merancang untuk mengadakan dua aktiviti terapi, iaitu terapi renang dan juga terapi bowling. terap bowling akan bermula pada bulan April bertempat di Penang Bowl. Alhamdulillah, kelulusan telah pun diterima dari pihak JPN Pulau Pinang. Oleh yang demikian diharap aktiviti ini berjalan dengan lancar.

Gambar sekitar aktiviti Terapi Renang dijalankan :




UNIT UNIFORM KELAS PENDIDIKAN KHAS - PENGAKAP

Assalamualaikum..
Bertemu lagi untuk nukilan pada kali ini yang akan menceritakan mengenai Unit Uniform Pendidikan Khas SK Kg Jawa. Mungkin bagi guru-guru pendidikan khas yang mana disekolah mereka telah pun wujud unit uniform pendidikan khas ini merasakan ini adalah satu aktiviti telah lama mereka lakukan, akan tetapi bagi SK Kg Jawa (Pend. Khas) tertubuhnya Unit Uniform ini adalah sesuatu yang baru selama wujudnya kelas Pend. Khas di sekolah tersebut.
Kami guru-guru pendidikan khas SK Kg Jawa merasakan perlunya ajakan yang berterusan bagi kanak-kanak ini kerana mereka perlu didedahkan dengan persekitaran luar. kami warga SK Kg Jawa mengalu-alukan sebarang pandangan, pendapat serta perkongsian idea agar unit uniform ini dapat melaksanakan aktiviti yang lebih baik untuk kanak-kanak ini.

sekian..terima kasih kerana singgah untuk mendapatkan informasi dar kami..

Friday, March 5, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH



Tanggal 12 Rabiulawal 1431 bersamaan dengan 26 Febuari 2010 Masihi kita telah menyambut Maulidur Rasul. Maka SK Kampong Jawa tidak terlepas untuk mengadakan perarakan untuk sambutan ini, sepanjang 2km jaraknya yang perlu murid-murid berarak. Walaubagaimana pun, kelas pendidikan khas tidak terlepas dengan program sebegini. kami turut mengambil penyertaan untuk perarakan ini. Kesemua murid (beragama islam)perlu memakai baju melayu dan bersongkok. wajah-wajah ceria anak-anak kami terpancar apabila mereka dapat menyertai perarakan ini. Ibu bapa murid juga turut mengambil bahagian dalam perarakan, ini menunjukkan betapa erat kerjasama guru dengan ibu bapa.





Sepanduk yang telah ditempah untuk perarakan ini, sepanduk ini dibawa oleh murid pendidikan khas Kamal Hakimi dan juga Mohamad Syafiq





Semasa perarakan, semangat yang ditunjukan oleh murid pendidikan khas amatlah menggalakan dan membanggakan walaupun hanya 'segelintir' sahaja murid kami tetapi semangat jitu yang membuatkan kami sebagai guru berasa bangga.





Setelah penat berjalan, kesian mereka..masing-masing lenguh kaki ke ni..

sekejap lagi kita makan ye.












Setelah tamat perarakan, m
urid diberi penerangan mengenai perandingan menulis dan mewarnakan tulisan khat oleh Cikgu Khairul, pertandingan ini berdasarkan kepada sepanduk yang telah lihat oleh murid-murid.

hasil kerja murid yang di pilih sebagai pemenang, sangat cantik dan kreatif.




Para pemenang pertandingan disampaikan hadiah oleh cikgu Ku Azman yang diiringi oleh cikgu Azlina....

Diharap program seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan memberi peluang kepada anak-anak khas..sekian,..