Thursday, May 12, 2011

Majlis Tilawah Al-Quran


Berpandukan kepada propaganda diatas, apakah yang kita boleh bayangkan sekarang...

Ya! pendidikan untuk semua, itu yang diwar-warkan selama ini, tidak kira anak itu cacat atau pun miskin atau ada permasalahannya tersendiri, mereka
berhak untuk mendapatkan pendidikan, sehinggakan terdapat peruntukkan akta yang mana sekiranya terdapat ibu bapa yang tidak memberi pendidikan kepada anak mereka akan didakwa.

Itu lah yang terjadi kepada anak didik kami, setelah
kami memberi pendidikan yang sempurna dan memasuki pertandingan, alhamdulillah mereka meraih tempat ketiga untuk hafazan dan juga naib johan untuk pertandingan azan subuh. Kami warga SKKJ amat bertbangga dengan kejayaan anak murid pendidikan khas. Kami telah membuka mata pihak yang selama ini hanya melihat pendidikan khas hanyalah sebuah program yang tidak memberi apa-apa peningkatan kepada anak murid beliau.

Setinggi-tinggi tahniah kepada tenaga pengajar yang sudi mengajar anak murid kami..tahniah kepada adik Farhan Aiman dan juga Adik Kamal hakimi..


0 comments: