Tanggal 16 Mei pada setiap tahun adalah tarikh keramat bagi semua guru di Malaysia, ucapan selamat hari guru akan kedengaran ditelinga setiap orang guru, tapi berbeza dengan warga pendidikan khas, hari guru ibarat tiada apa-apa erti bagi muridnya, tetapi mereka akan di ingatkan oelh guru berkenaan hari tersebut, alhamdulillah anak murid itu akan membawa sekeping kad yang tertulis selamat hari guru, walaupun ejaannya tidaklah tepat, kadnya tidaklah secantik mana, tetapi ingatan dan keikhlasan murid itu amat ditagih oleh guru, terima kasih tak terhingga kepada anak murid khas ini.
Pada tahun ini kami warga pendidikan khas telah bersatu hati untuk memberi cenderahati yang dibuat oleh guru-guru, alhamdulillah..semuanya telah pun siap..sekiranya berminat boleh menempah..ehehehe..
Thursday, May 12, 2011
Selamat Hari Guru
Posted by Program Pendidikan Khas Integrasi at 9:25 PM 0 comments
Majlis Tilawah Al-Quran
Berpandukan kepada propaganda diatas, apakah yang kita boleh bayangkan sekarang...
Ya! pendidikan untuk semua, itu yang diwar-warkan selama ini, tidak kira anak itu cacat atau pun miskin atau ada permasalahannya tersendiri, mereka berhak untuk mendapatkan pendidikan, sehinggakan terdapat peruntukkan akta yang mana sekiranya terdapat ibu bapa yang tidak memberi pendidikan kepada anak mereka akan didakwa.
Itu lah yang terjadi kepada anak didik kami, setelah kami memberi pendidikan yang sempurna dan memasuki pertandingan, alhamdulillah mereka meraih tempat ketiga untuk hafazan dan juga naib johan untuk pertandingan azan subuh. Kami warga SKKJ amat bertbangga dengan kejayaan anak murid pendidikan khas. Kami telah membuka mata pihak yang selama ini hanya melihat pendidikan khas hanyalah sebuah program yang tidak memberi apa-apa peningkatan kepada anak murid beliau.
Setinggi-tinggi tahniah kepada tenaga pengajar yang sudi mengajar anak murid kami..tahniah kepada adik Farhan Aiman dan juga Adik Kamal hakimi..
Posted by Program Pendidikan Khas Integrasi at 9:13 PM 0 comments
Lawatan Ke Alor Setar
Alhamdulillah, bertemu lagi setelah sekian lama kami mendiamkan diri. pada kali ini kami ingin berkongsi kegembiraan bersam anda yang mana kami telah pun menjayakan satu lawatan ke Alor Setar. Sambutan dari ibu bapa amatlah menggalakkan, dari respon yang kami terima rata-rata ibu bapa sangat berpuashati dengan apa yang telah kami sediakan, murid-murid juga turut merasai kegembiraan itu. Tempat -tempat yang kami lawati adalah Muzium Padi, Pusat Sains Wilayah Utara, Muzium Diraja, Menara Alor Setar dan Pekan Rabu.
Kesemua tempat yang dilawati ini telah memberikan kerjasama yang baik, terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat, kepada guru-guru, ibu bapa jutaan terima kasih yang tak terhingga. pada hujung tahun ini kami warga SKKJ akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan tambang murah untuk ke Langkawi.
gambar sekitar lawatan Alor Setar :
Posted by Program Pendidikan Khas Integrasi at 8:49 PM 0 comments
Monday, April 11, 2011
Kem Bestari Solat
KEM BESTARI SOLAT
Assalamualaikum,
Buat pertama kalinya, kami warga pendidikan khas SK Kg Jawa bergabung tenaga serta bekerjasama untuk menjayakan Program ini. <!--[if gte mso 9]>
Maklumbalas prositif telah kami terima dari pihak waris, dan mereka menyokong sepenuhnya program ini kerana ia akan memberi satu pengetahuan serta pengalaman kepada murid pendidikan khas. Program ini akan dijalankan selama 4 sesi bergantung kepada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh pihak panitia pendidikan islam. kami amat-amat berbesar hati dengan kerjasama yang diberikan ini. ribuan terima kasih tak terhingga akan berikan kepada Panitia Pendidikan Islam.
Posted by Program Pendidikan Khas Integrasi at 10:12 PM 0 comments
NILAM
PROGRAM NILAM
'Bijak Mengeja Mahir Membaca'
Program ini satu program galakan membaca yang dilancarkan oleh Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran dan merupakan suatu program baru yang dirancang dengan melibatkan semua murid pendidikan khas SK Kg Jawa agar mereka timbul minat membaca.
Program yang dirancangkan ini adalah melibatkan dengan pelajar arus perdana, walaubagaimana pun, kami guru-guru pendidikan khas telah mengubah perancangan agar bersesuaian dengan kelas pendidikan khas. Program ini juga adalah untuk meningkatkan minat membaca serta tahap pemahaman murid, Guru Bahasa Malaysia akan memainkan peranannya, sedangkan guru yang lain akan membantu.
Buku nilam murid khas telah diubah suai bersesuaian dengan tahap mereka, dalam pada itu juga penilaian akan dilakukan pada setiap minggu untuk mengenal pasti tahap bacaan murid serta tahap pemahaman murid. Kami juga turut melancarkan satu slogan untuk program nilam ini iaitu ' 1 murid 1 petikan'. diharap dengan adanya program sebini, ia akan membuka mata pihak kedua bahawa murid pendidikan khas juga boleh menyertai program yang dianjurkan oleh pihak tersebut.
Diharap program ini akan menjadi pembuka jalan kepada guru-guru pendidikan khas amnya.
* kertas kerja Program NILAM Pendidikan Khas boleh dimuat turun diruangan Kongsi Bersama.
Posted by Program Pendidikan Khas Integrasi at 9:55 PM 0 comments
Bermulanya Aktiviti Terapi
Alhamdulillah bertemu lagi kita diruangan anak-anak khas ini, terima kasih yang tak terhingga kepada kalian yang menyokong blog ini, yang selalu mengunjungi blog kami. Dari kesempatan ini kami bebesar hati setelah mengetahui bahawa banyak pengunjung menjadikan blog kami ini sebagai sumber ilmu, diharap dengan adanya maklumat yang diberikan ini, ia akan menjadi pendorong kepada anda terutama kepada guru pendidikan khas untuk lebih berdaya saing serta memajukan pendidikan khas ini dimata dunia.
Pada bulan April ini, kami warga pendidikan khas SK Kg Jawa telah pun melancarkan aktiviti terapi kepada anak murid kami, aktiviti terapi yang akan dilaksanakan adalah terapi bowling dan juga terapi renang. Memandangkan pihak ibu bapa amat mengalu-alukan aktiviti ini, jadi kami telah pun menyenaraikan semua murid untuk menyertainya. Bagi terapi bowling kami akan melaksanakanya sebanyak 5 sesi manakala bagi terapi renang pula sebanyak 6 sesi. Aktiviti yang dirancangkan ini diharap akan berjalan dengan lancar serta mendidik murid-murid kami agar lebih berdikari serta bersosial dengan persekitaran luar.
Dengan adanya guru-guru serta PPM yang berbakat serta bertanggungjawab, maka aktiviti ini akan lebih menarik serta lebih bermotivasi untuk anak-anak khas. Diharap aktiviti ini akan lebih bermanfaat kepada anak-anak khas amnya.
sekian, wassalam..
Posted by Program Pendidikan Khas Integrasi at 9:32 PM 0 comments
Monday, January 3, 2011
Back To School
Assalamualaikum,
Rasanya belum terlambat lagi bagi pihak kami mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pengunjung blog ini. Diharap, pada tahun ini akan memberi lebih manfaat dan lebih informasi kepada kalian semua. Bersyukur hendaknya kita dapat bertemu kembali diruangan ilmu ini untuk kita berkongsi pendapat, maklumat serta bertukar-tukar pandangan mengenai dunia anak-anak istimewa ini.
Bagi guru-guru pendidikan khas, kami ingn mengucapkan selamat kembali ke sekolah, mungkin terdapat banyak kerenah pada hari pertama persekolahan, mungkin kita telah terbiasa dengan keadaan ini, maka bak kata pepatah alah bisa tenggal biasa. pada hari ini kami warga kg jawa juga tidak terkecuali mengharungi hari pertama persekolahan ini. Lumrah di alam pendidikan, murid yang telah ke sekolah menengah akan dikenang, tatkala terdapat juga murid baru yang masuk, alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja.
Bagi semua warga pendidik dan juga murid-murid, kami mengucapkan selamat kembali ke alam persekolahan..
* untuk mendapatkan sukatan pelajaran KSSR pendidikan khas boleh dimuat turun di ruangan kongsi bersama.
Posted by Program Pendidikan Khas Integrasi at 9:56 PM 0 comments