Sunday, April 18, 2010

Terapi Bowling


Salam Satu Malaysia kepada semua warga pendidik.

Alhamdulillah, pada tahun ini kami warga PKBP SK Kampong Jawa telah berjaya menganjurkan aktiviti yang baru iaitu terapi b
owling. Warga pendidik *pedidikan khas sedia maklum bahawa terapi bowling adalah satu aktiviti yang boleh dilakukan untuk kanak-kanak ini. Oleh yang demikian kami warga SK Kampong Jawa telah pun memasukkan aktiviti tersebut didalam perancangan tahunan 2010, maka aktiviti tersebut telah berjaya dilakukan walaupun terdapat pelbagai halangan sebelum ini.

Bagi aktiviti ini, kami telah mendapat reaksi yang positif dari beberapa orang ibu bapa yang mengatakan anak mereka telah mula bercakap apabila dibawa bersiar-siar. Maka dengan izin pihak ibu bapa kami sekali lagi melakukan aktiviti seperti ini agar anak-anak murid kami dapt bersosial seperti kanak-kanak lain.

Mungkin aktiviti ini boleh dip
elbagaikan agar anak murid kita dapat mengetahui persekitaran luar mereka, maka ini akan membuatkan mereka berasa lebih selesa dan meningkatkan perasaan ingin tahu tentang sesuatu dengan baik. Alhamdulillah, daripada aktiviti yang telah dialkukan, banyak respon positif yang kami terima dari pihak ibu bapa. Jutaan terima kasih kepada mereka kerana memberi kepercayaan kepada kami warga pendidik.

*sekitar berlangsungnya terapi bowling di Penang Bowl, Pulau Pinang.















*anda boleh melayari facebook kami : www.facebook.com "search" pkbpskkj

Kaedah Fonik


Assalamualaikum..
Sudah lama saya tidak menulis di ruangan ini..pada kali ini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan seperjuangan dalam bidang pendidikan *pendidikan khas amnya agar dapat mempelbagaikan kaedah semasa mengajar murid-murid mereka.

Pada 27 March 2010 yang lalu saya berkesempatan untuk mengikuti kursus kaedah fonik anjuran USM Pulau Pinang. Kursus ini sangat-sangat bermakna dan memberi pelbagai ilmu kepada saya untuk menarik minat serta mempercepatkan proses P&P yang dijalankan.

Kita sedia maklum bahawa kaedah yang diguna untuk anak murid kita kadang kala telah melalui proses yang sama, maka ini akan mewujudkan rasa bosan kepada mereka. Bagi kaedah Fonik ini, pelbagai cara untuk memperkenalkan huruf kepada murid dengan cepat, akan tetapi guru perlu membantu serta memantau murid agar mereka tidak keliru.

Hal ini kerana kaedah fonik mempunyai mempunyai caranya tersendiri maka guru perlu memainkan peranan agar murid dapat membezakannya. sebagai contoh :
b = 'beh'
c = 'ceh'
d = 'deh'
f = 'feh'

dan seterusnya, huruf -huruf ini akan di bunyi seperti berikut. Maka ini akan menimbulkan masalah kepada murid khas, kerana mereka tidak dapat membezakannya. Maka tugas kita adalah untuk membimbing mereka.

*Pelawat boleh muat turun perisian kaedah fonik di ruangan KONGSI BERSAMA