KEM BESTARI SOLAT
Assalamualaikum,
Buat pertama kalinya, kami warga pendidikan khas SK Kg Jawa bergabung tenaga serta bekerjasama untuk menjayakan Program ini. <!--[if gte mso 9]>
Maklumbalas prositif telah kami terima dari pihak waris, dan mereka menyokong sepenuhnya program ini kerana ia akan memberi satu pengetahuan serta pengalaman kepada murid pendidikan khas. Program ini akan dijalankan selama 4 sesi bergantung kepada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh pihak panitia pendidikan islam. kami amat-amat berbesar hati dengan kerjasama yang diberikan ini. ribuan terima kasih tak terhingga akan berikan kepada Panitia Pendidikan Islam.
Monday, April 11, 2011
Kem Bestari Solat
Posted by Program Pendidikan Khas Integrasi at 10:12 PM 0 comments
NILAM
PROGRAM NILAM
'Bijak Mengeja Mahir Membaca'
Program ini satu program galakan membaca yang dilancarkan oleh Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran dan merupakan suatu program baru yang dirancang dengan melibatkan semua murid pendidikan khas SK Kg Jawa agar mereka timbul minat membaca.
Program yang dirancangkan ini adalah melibatkan dengan pelajar arus perdana, walaubagaimana pun, kami guru-guru pendidikan khas telah mengubah perancangan agar bersesuaian dengan kelas pendidikan khas. Program ini juga adalah untuk meningkatkan minat membaca serta tahap pemahaman murid, Guru Bahasa Malaysia akan memainkan peranannya, sedangkan guru yang lain akan membantu.
Buku nilam murid khas telah diubah suai bersesuaian dengan tahap mereka, dalam pada itu juga penilaian akan dilakukan pada setiap minggu untuk mengenal pasti tahap bacaan murid serta tahap pemahaman murid. Kami juga turut melancarkan satu slogan untuk program nilam ini iaitu ' 1 murid 1 petikan'. diharap dengan adanya program sebini, ia akan membuka mata pihak kedua bahawa murid pendidikan khas juga boleh menyertai program yang dianjurkan oleh pihak tersebut.
Diharap program ini akan menjadi pembuka jalan kepada guru-guru pendidikan khas amnya.
* kertas kerja Program NILAM Pendidikan Khas boleh dimuat turun diruangan Kongsi Bersama.
Posted by Program Pendidikan Khas Integrasi at 9:55 PM 0 comments
Bermulanya Aktiviti Terapi
Alhamdulillah bertemu lagi kita diruangan anak-anak khas ini, terima kasih yang tak terhingga kepada kalian yang menyokong blog ini, yang selalu mengunjungi blog kami. Dari kesempatan ini kami bebesar hati setelah mengetahui bahawa banyak pengunjung menjadikan blog kami ini sebagai sumber ilmu, diharap dengan adanya maklumat yang diberikan ini, ia akan menjadi pendorong kepada anda terutama kepada guru pendidikan khas untuk lebih berdaya saing serta memajukan pendidikan khas ini dimata dunia.
Pada bulan April ini, kami warga pendidikan khas SK Kg Jawa telah pun melancarkan aktiviti terapi kepada anak murid kami, aktiviti terapi yang akan dilaksanakan adalah terapi bowling dan juga terapi renang. Memandangkan pihak ibu bapa amat mengalu-alukan aktiviti ini, jadi kami telah pun menyenaraikan semua murid untuk menyertainya. Bagi terapi bowling kami akan melaksanakanya sebanyak 5 sesi manakala bagi terapi renang pula sebanyak 6 sesi. Aktiviti yang dirancangkan ini diharap akan berjalan dengan lancar serta mendidik murid-murid kami agar lebih berdikari serta bersosial dengan persekitaran luar.
Dengan adanya guru-guru serta PPM yang berbakat serta bertanggungjawab, maka aktiviti ini akan lebih menarik serta lebih bermotivasi untuk anak-anak khas. Diharap aktiviti ini akan lebih bermanfaat kepada anak-anak khas amnya.
sekian, wassalam..
Posted by Program Pendidikan Khas Integrasi at 9:32 PM 0 comments