Monday, April 11, 2011

Kem Bestari Solat


KEM BESTARI SOLAT

Assalamualaikum,

Buat pertama kalinya, kami warga pendidikan khas SK Kg Jawa bergabung tenaga serta bekerjasama untuk menjayakan Program ini.
<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 Program ini adalah untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas. Kami warga pendidikan khas telah berbincang dengan panitia pendidikan islam, dan mencapai kata putus untuk melaksankan program ini serentak dengan aliran perdana.

Maklumbalas prositif telah kami terima dari pihak waris, dan mereka menyokong sepenuhnya program ini kerana ia akan memberi satu pengetahuan serta pengalaman kepada murid pendidikan khas. Program ini akan dijalankan selama 4 sesi bergantung kepada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh pihak panitia pendidikan islam. kami amat-amat berbesar hati dengan kerjasama yang diberikan ini. ribuan terima kasih tak terhingga akan berikan kepada Panitia Pendidikan Islam.


0 comments: